Serpihan yang dikatakan ekor pesawat MH370 hanyalah beberapa longgokan kayu yang ditinggalkan di laut, kata Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam Datuk Azharuddin Abdul Rahman. Beliau juga berkata Malaysia turut gagal mengesahkan penemuan 'tingkap' pesawat oleh tentera Vietnam yang heboh dikatakan semalam kerana masih tidak disahkan kerajaan negara itu.
"Semalam beberapa pesawat mengesan objek yang nampak seperti bahagian kapal terbang.
"Bagaimanapun kapal yang dihantar mendapati, ia hanyalah batang kayu yang diikat seperti 'pontun' (rakit) kepada kita," kata beliau dalam sidang media di Hotel Sama Sama hari ini.
"Masuk 60 jam kehilangan kapal terbang ini tapi masih tiada sebarang penemuan," kata beliau.
Azharuddin berkata pasukan penyelamat yang terdiri dari 32 pesawat, 40 kapal pelbagai jenis dan lebih 100 tenaga kerja kini sedang mempergiatkan usaha mencari di sekitar 50 batu nautika dari kawasan terakhir isyarat kapal terbang itu dikesan.
Katanya, pasukan negara ini yang dibantu dari Vietnam, China, Singapura, Amerika Syarikat, Indonesia, Thailand dan Australia untuk melakukan pencarian berdasarkan semua maklumat yang diperolehi termasuk di Selat Melaka.
Beliau juga berkata pasukan ini melibatkan pencarian udara setiap hari bermula jam 7 pagi hingga 7 petang manakala pencarian di laut berterusan sepanjang malam.

Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam, Datuk Azharuddin Abdul Rahman |
"Ini julung-julung kali (kita hadapi) misteri kehilangan kapal terbang," kata beliau.
Azharuddin yang merujuk penerbangan MH370 sebagai 'penerbangan malang' berkata pihak penyiasat masih belum dapat memberi fokus siasatan lantaran pihak forensik tiada bahan komposit atau peralatan dijumpai dari pesawat itu.
Beliau berkata Malaysia akan bertemu pakar forensik dari agensi terkemuka antarabangsa seperti Badan Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (NTSB) dan Federal Aviation Adminstration (FAA) hari ini bagi berbincang soal penyiasatan dan pencarian.
"Kita tiada jangka masa untuk menyiasat dan mencari. Kita akan terus menjalankan siasatan dan mencari," katanya.

PERINGATAN: Firdaus Zack tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Sumber : Malaysiakini
No comments:
Post a Comment